Saturday, 14 June 2014

A “Better” life?

              Teknologi. Perkataan yang menerajui zaman modenisasi kini. Dalam perkembangan media penyebaran maklumat; internet, teknologi juga semakin menjangkau luar batasan minda. Alat-alat, gajet-gajet dan mekanisma yang terinovasi hasil daripada perkembangan tersebut pada asalnya tidak pernah terbayangkan oleh pemikiran manusia. Satu demi satu teknologi baru tercipta hasil kreativiti manusia; telefon pintar, tablet, komputer riba, sistem penyimpanan data Cloud, aplikasi-aplikasi sosial seperti Whatsapp, WeChat, Instagram, Twitter, Facebook dll. Inilah yang menjadi kegilaan dan perbualan orang ramai.

  Persoalan mula timbul; adakah teknologi-teknologi ibarat cendawan tumbuh selepas hujan yang ada pada masa kini  merupakan satu rahmat ataukah menjadi bala kepada manusia? Bukankah teknologi sepatutnya menjadikan hidup manusia lebih mudah? Bukankah sepatutnya ia menjadi rahmat kepada kita? Apakah bala yang dimaksudkan itu?Seringkali kita terbaca di media akhbar akan isu-isu hangat yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita; kes zina janda dan remaja, kes zina kanak-kanak umur 9 dan 11 tahun, kes rogol perempuan dengan 8 orang lelaki, kes rompakan, ragut, bunuh dsb. Apakah yang menjadi punca kepada masalah tersebut?
Kini, media sosial yang ada sudah sangat mudah didapati dan digunakan bahkan mampu meliputi lebih ramai orang di dunia ini.

              Aplikasi-aplikasi media sosial tersebut dengan mudah boleh di muat turun ke dalam telefon pintar dan tablet yang dimilik oleh hampir setiap orang pada masa kini. Melalui Facebook, dengan mudahnya kita boleh berhubung semula dengan rakan-rakan sekolah yang lama, rakan pejabat mahupun ahli keluarga yang berjauhan. Dengan WeChat, kita bahkan boleh mencari pengguna aplikasi tersebut yang berdekatan dengan kita.

  Perkara tersebut boleh menjadi peluang untuk kebaikan malah juga untuk kemaksiatan. Pada masa kini, para pengguna media sosial dengan mudahnya memuat naik gambar-gambar, informasi diri dan orang yang dekat dengan mereka tanpa menyedari bahawa data-data tersebut boleh dimanipulasi dan disalahgunakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

  Namun, penyalahgunaan kemudahan tersebut bukan sahaja dari pihak ketiga, tetapi juga kepada pengguna tersebut. Teknologi yang sepatutnya memudahkan urusan kehidupan digunakan untuk memenuhi kemahuan diri, membuang masa dengan melayari internet secara berlebihan, bermain permainan video dan juga menonton drama bersiri Melayu, Korea mahupun Inggeris secara berlebihan.

              Pada dasarnya, sememangnya diakui bahawa teknologi yang ada masa kini mempunyai berjuta manfaat, namun penyalahgunaan menyebabkan menjadikan teknologi yang sepatutnya membawa pembaikan dipandang sebagai pembawa masalah. Aplikasi-aplikasi yang ada pada telefon pintar Android mahupun IOS pastinya menyediakan aplikasi manajemen dan pengurusan; memudahkan, mengefektifkan dan mengefisienkan pengurusan masa. Laman media sosial sepatutnya dimanfaatkan untuk amar ma’ruf dan nahi munkar dengan berkongsi kata-kata nasihat, artikel yang memberi kesedaran dan bermacam lagi peluang dakwah yang boleh dimanfaatkan. Teknologi-teknologi yang ada sepatutnya digunakan untuk permanfaatan kepada Islam.

  Namun begitu, kenapa perkara tersebut tidak berlaku? Pastinya disebabkan para penggunanya tidak ditarbiyah dan tidak diberi kefahaman tentang Islam.  Gajet-gajet yang  ada sepatutnya memudahkan kita menambahkan kefahaman tentang agama namun digunakan untuk melayari laman yang tidak berfaedah apatah lagi digunakan untuk melayari pornografi dan laman sesawang yang hanya membuang masa.

  Sebagai konklusi, permanfaatan terhadap teknologi hanya boleh terlaksana dengan wujudnya kesedaran dalam diri pengguna. Jangan pernah kita menyalahgunakan nikmat yang Allah berikan bahkan kita gunakan nikmat yang ada untuk mengingkari perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Pastikan gajet-gajet kitalah yang mampu membawa kita ke jalan syurga dan bukannya menjerumuskan kita ke dalam neraka.
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? ” [Ar-Rahman 55:13]

              Namun begitu, kenapa perkara tersebut tidak berlaku? Pastinya disebabkan para penggunanya tidak ditarbiyah dan tidak diberi kefahaman tentang Islam.  Gajet-gajet yang  ada sepatutnya memudahkan kita menambahkan kefahaman tentang agama namun digunakan untuk melayari laman yang tidak berfaedah apatah lagi digunakan untuk melayari pornografi dan laman sesawang yang hanya membuang masa.

  Sebagai konklusi, permanfaatan terhadap teknologi hanya boleh terlaksana dengan wujudnya kesedaran dalam diri pengguna. Jangan pernah kita menyalahgunakan nikmat yang Allah berikan bahkan kita gunakan nikmat yang ada untuk mengingkari perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Pastikan gajet-gajet kitalah yang mampu membawa kita ke jalan syurga dan bukannya menjerumuskan kita ke dalam neraka.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[Ar-Rahman 55:13]